HomeEntertainment Buah Hati Jauh Di Taiping, Bapa Steady Drive Dari KL Untuk...

[VIDEO] Buah Hati Jauh Di Taiping, Bapa Steady Drive Dari KL Untuk Temankan Anak Dating

Cover image via
@remydamak (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Macam-macam perkara yang kita telah lalui pada zaman muda, antaranya adalah bab percintaan. Tentu anda juga pernah merasainya betul tak? Tambahan lagi dengan kemajuan teknologi dan aplikasi yang ada, memang mudah untuk mengenali seseorang.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang bapa sanggup memandu dari Kuala Lumpur (KL) ke Taiping demi menemani anaknya dating telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga bapa berkongsi pengalamannya menemani anaknya untuk bertemu buah hati untuk pertama kalinya.

Difahamkan, anak lelakinya itu berkenalan dengan gadis tersebut melalui media sosial dan meminta izin daripada bapanya untuk berjumpa gadis tersebut.

Bercakap kepada SAYS, bapanya yang dikenali sebagai Mohd Jasni itu memberitahu dia sebenarnya risaukan keselamatan anaknya.

“Mulanya dia mintak kebenaran utk berjumpa pasangan dia tu bila masa rentas negeri dibenarkan, dia nak pergi dengan kawan dia tapi saya tak benarkan”

“Pertama risaukan keselamatan, pasal dia tak pernah jumpa kenalan dia tu, walaupun anak saya lelaki zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi”

Kedua saya boleh kenal dengan teman wanita dia tu face to face dan boleh pantau supaya dia tidak buat perkara-perkara yang langgar agama,” katanya.

Malah, bapanya itu siap berhubung sendiri dengan gadis berkenaan tentang perjumpaannya itu. Tambahnya, semua ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

“Jadi saya cuba santuni anak saya, baik kita yang hantar dia bole jugak kita pantau supaya dia tak buat bende yang tak elok”

“Ada masa kita marah, dia ada masa kita kene bermesra ngan anak macam kawan. Inshallah kasih sayang terjalin,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka sendiri selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 65K views, 5,093 likes dan 602 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News