@faramedyna (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mana tidaknya, bukan selalu mereka nak berjumpa, memang pelbagai topik atau gosip panas yang akan disembangkan. Sebagai anak, kita pasti bosan menunggu dan akan selalu mengajak mereka balik cepat-cepat bukan?
Sama seperti seorang gadis ini yang telah membuat content di TikTok berkenaan “Bila Ikut Mak Pergi Beraya” telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @faramedyna, kelihatan seorang gadis sedang membuat content berkenaan perangai mak-mak yang suka bersembang apabila pergi beraya.
Apabila pertama kali mengajak balik, si ibu akan berkata sekejap baru sahaja sampai. Kali kedua pula, katanya dah nak balik tapi masih lagi bersembang.
Lebih melucukan, apabila kali ketiga mengajak balik, si ibu akan berdiri tanda nak balik tapi masih boleh lagi meneruskan sembangnya. Gadis itu sempat menulis di ruangan komen bahawa dia selalu dikenakan begini oleh ibunya ketika ikut beraya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sama bersetuju dengan perangai mak-mak suka bersembang ini.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.4MK views, 291K likes dan 2.4K comments di Tiktok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Tiktok: