Cover image via
@lindafrans97 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa saja yang tidak kenal mereka? Bukan saja berbakat dalam menyanyi malah tarian mereka juga sangat mengagumkan. Kumpulan itu tidak dinafikan memang mempunyai ramai peminat tidak mengira usia dan jantina.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila dua orang budak lelaki dilihat berjoget lagu Blackpink telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang budak lelaki sedang membuat persembahan di ruang tamu depan keluarga mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang budak lelaki yang berbaju merah dilihat sangat berbakat dalam menari lagu Korea itu. Dia dilihat menghafal semua steps tarian tersebut lalu membuatkan semua keluarga gelak sakan.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sebanyak 1.3M tontonan, 121K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua budak itu.
Ada juga netizen yang berkongsi pendapat mereka tentang tarian budak itu. Malah, ramai juga yang menyatakan bahawa mereka masih kecil dan perkara ini hanya untuk hiburan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: