@sayayangdisakiti (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Layanan ibu lebih kepada suka bersembang dengan anak-anak manakala ayah pula lebih suka bermain secara fizikal seperti berlari-lari atau wrestling.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Tiktok berkenaan gelagat seorang ayah yang menjadi Iron Man semasa bermain dengan anaknya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh di bawah:
Menerusi video yang dikongsi oleh @sayayangdisakiti, kelihatan seorang isteri merakam gelagat suaminya yang sedang bermain dengan anak mereka di ruang tamu.
Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila suaminya itu meniru aksi Iron Man dengan bersungguh-sungguh. Dia siap menunjukkan pelbagai ‘kuasa’ Iron Man untuk menghiburkan hati si anak.
Malah, anaknya itu pula jelas kelihatan suka dan terhibur dengan aksi Iron Man tiruan tersebut.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 132.1K tanda suka dan 4.5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat ayah bermain dengan anaknya itu.
Malah, ada juga netizen yang berkongsi cara mereka bermain dengan anak-anak.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: