Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki dan ayahnya sedang berada di luar rumah mereka.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia dilihat dikelilingi anak monyet peliharaan mereka. Dua ekor anak monyet selamba berpaut pada kaki budak itu sehingga budak itu menjerit kecil.
Monyet-monyet berpaut dan berpeluk erat sehinggakan budak itu menjerit dan memanggil abahnya. Namun, dia sama sekali tidak menangis dan takut.
“Turun, turun, nak jalan tak boleh”, katanya.
Lihat video sambungan itu di bawah: