Cover image via
@putrasyah69 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Walaupun pihak pengurusan telah menyediakan tempat pembuangan sampah tetapi, masih ada segelintir dari mereka yang malas untuk turun dan hanya mencampakkannya dari tingkat atas.
Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok mengenai seorang mak cik yang bengang kerana melihat penghuni flat mencampakkan sampah dari atas telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang mak cik sedang marah kerana melihat sampah dibuang dari tingkat atas.
Difahamkan ketika itu dia sedang makan di bawah flat tersebut sebelum melihat ada seseorang mencampakkannya. Situasi itu membuatkan dia marah dan terus menegur sambil memandang ke arah atas kerana risau ia akan berulang lagi.
Malah walaupun ia telah memarahinya, namun pelaku itu masih mencampakkan sampah ke bawah kerana berasa geram.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram mereka melihat video tersebut. Ada juga yang memahami bagaimana rasanya jika melihat orang sebegitu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 343.6K views, 19.3K likes dan 469 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: