[VIDEO] Belum Ada Rezeki Hamil, Wanita Ini Gagal Tahan Air Mata Hadap Mulut Orang Luar

0
183
Cover image via
@folloyouu (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Benar, zuriat itu adalah rezeki buat suami dan isteri. Namun begitu, siapalah kita untuk mempersoalkan rezeki yang telah Allah SWT beri.

Semua yang terjadi pasti ada hikmah dan asbab mengapa ada yang dapat anak cepat serta ada yang dapat lambat.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita gagal menahan air mata apabila diasak soal zuriat telah mencuri tumpuan warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @folloyouu, kelihatan wanita itu sedang menangis di ruang tamu rumahnya gara-gara mendapat pelbagai soalan tentang zuriat.

Dia yang gagal menahan sebak itu telah menerima soalan-soalan dan tuduhan yang langsung tidak menjaga perasaannya sebagai seorang wanita yang menantikan zuriat dari rahim sendiri.

Antara soalan yang sering dia terima adalah “tak nak anak ke? tak makan jamu ke? tak makan ubat ke? tak jaga makan ke? or memang kau yang bermasalah?”.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet terutamanya kaum wanita memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut.

Malah, ramai yang turut berkongsi perasaan sama sepertinya dan masih belum dikurniakan zuriat walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

More stories to read: