[VIDEO] “Belasah Beramai-Ramai” – 13 Pelajar Kini Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Buli

0
233
Cover image via
@4rshrf (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ia bukanlah perkara yang asing lagi dalam masyarakat kita. Tambahan pula, bagi mereka yang dibuli rakan mereka sehingga menyebabkan trauma. Hal ini sepatutnya tidak terjadi.

Baru-baru ini tular sebuah video di Twitter memaparkan seorang pelajar dibelasah oleh rakan-rakannya di sekolah telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan aksi beberapa orang pelajar sekolah menengah di Langkawi memukul, memijak, menumbuk dan menendang pelajar.

Difahamkan, mangsa seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi selepas dipukul oleh beberapa pelajar lain di sebuah sekolah menengah di Langkawi pada Rabu.

Menurut sumber, tangkapan itu dilakukan antara pukul 12.30 tengah hari hingga 3 petang tadi membabitkan beberapa lokasi termasuk sekolah serta kediaman pelajar berkenaan.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan termasuk merakamkan keterangan 13 pelajar tersebut.

Terdahulu, polis mengesahkan perselisihan faham punca seorang pelajar dipukul serta dipijak beramai-ramai oleh pelajar lain dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di situ.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam tindakan pelajar-pelajar tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 359.9K views, 9,129 retweets dan 10.1K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

More stories to read: