Cover image via
@alan_tmg (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hal ini disebabkan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan yang sedang dilakukan oleh pihak Air Selangor.
Menurut sumber, sebanyak 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor bermula jam 9.00 pagi, 13 Oktober 2021 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9.00 malam, 16 Oktober 2021.
Oleh sebab itu, ramai warga Selangor dilihat sudah mula menyimpan air untuk menempuhi 4 hari yang bakal tiada air itu. Tular sebuah video di TikTok apabila cara seorang pemuda menyimpan air telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, ada sesetengah keluarga yang mengambil inisiatif untuk mengisi air ke dalam kolam air renang anak mereka.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila terdapat seorang pemuda menyimpan airnya di dalam kolam yang lebih besar. Kolam itu diletakkan di luar rumah sambil dia mengisi penuh air kedalamnya.
“Dari pagi aku isi air, tak penuh-penuh.” katanya. Rupa-rupanya, pemuda itu sudah bersedia menghadapi krisis air dengan membina kolam itu sendiri di depan rumahnya.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dengan kolam pemuda itu yang besar. Malah, ramai kagum dengan kegigihan dia.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 356K tontonan, 37K tanda suka dan 980 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: