Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Memiliki anak kecil sudah tentu akan menghiburkan hati para ibu ayah
Iyalah, mereka memang banyak kerenah dan gelagat yang kadangkala menggeramkan para ibu bapa. Mereka jugalah yang menghidupkan suasana ceria di rumah.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang bayi kecil sempat marah dulu sebelum minta susu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Melampau cara marah tu #babycomel #babylove
original sound – Nard Hamzah – Nard Hamzah
Marah dalam bahasa yang dia saja faham
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu sedang merakam gelagat anaknya di bilik mereka.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila bayi itu dilihat sangat marah dan membebel dalam bahasanya yang tiada siapa pun faham. Itu disebabkan ayahnya sengaja mengusik tidak memberikan botol susu kepadanya.
Image via @nardhamzah (TikTok)
“Saya boleh translate, dia cakap orang lapar ni buat lambat pula gastrik nanti” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.6M tontonan, 453K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat bayi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nardhamzah (TikTok)
Image via @nardhamzah (TikTok)
Image via @nardhamzah (TikTok)
Comel je membebel macam tu! 😛
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik