HomeEntertainment Baru Nak Feeling-Feeling Atas Bot, Sekali Topi Pula Terbang Ditiup Angin....

[VIDEO] Baru Nak Feeling-Feeling Atas Bot, Sekali Topi Pula Terbang Ditiup Angin. Alamak!

Cover image via
@potatieeeee (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tambahan pula jika bercuti di pulau, lagilah semangat nak bergambar kerana boleh menikmati angin sambil mengibar dress. Feeling-feeling gitu.

Tetapi, lain pula yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila satu insiden berlaku ketika dia sedang sakan bergambar di atas bot telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@potatieeeee

Baru dok feeling feeling

Yamet Kudasi – @dewiismah

Menerusi video yang dikongsi oleh @potatieeeee, kelihatan gadis itu sedang bergambar di atas bot di sebuah pulau sambil membuat pelbagai gaya yang menawan.

Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila tiba-tiba angin bertiup kencang dan topinya terbang melayang ke belakang.

Dia yang terkejut dengan insiden tersebut spontan menjerit dan tidak sempat mencapai topinya itu. Ada pula yang menyamakan jeritannya itu dengan burung gagak.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 583.1K views, 76.1K likes serta 741 shares di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu dan ada yang pernah mengalami situasi sama sepertinya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News