@duymanh200793 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tujuan tabung itu diletakkan supaya orang ramai dapat menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Duit tersebut akan disalurkan kepada orang yang layak.
Begitu juga dengan majlis-majlis yang memerlukan sumbangan daripada orang ramai. Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang budak kecil hendak menuju ke tabung untuk meletakkan duit tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil dan ayahnya sedang berada si sebuah majlis untuk upacara yang tidak diketahui.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si kecil itu berjalan ke arah tabung selepas ayahnya menghulur duit. Namun, tidak sempat meletakkan duit itu ke dalam tabung, kakinya terseliuh lalu jatuh di depan orang ramai.
Bukan setakat itu, malah tabung derma yang berisi duit itu jatuh bertaburan akibat tersenggol kaki si kecil itu.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 10M tontonan, 1.2M tanda suka dan 17K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut dengan kejadian itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: