Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bukan setakat rumah roboh dan hilang dihanyut air, malah barangan rumah dan kereta juga terjejas teruk akibat air yang deras. Sudah tentu, ramai yang kehilangan harta benda kesayangan mereka antaranya seperti kereta.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang wanita luluh mendapati keretanya hancur dan rosak akibat banjir telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang ditemu bual oleh pihak media Selangor TV di perkarangan rumahnya.
Wanita itu meluahkan perasaan luluh dan sedih melihat kereta yang baru dibelinya rosak dan total loss akibat banjir. Difahamkan, kereta tersebut merupakan kereta pertama yang dibeli untuk kegunaan keluarga tersebut.
Susula tularnya video berkenaan sehingga meraih 101K tontonan, 1K tanda suka dan 300 komen di Youtube, rata-rata netizen memuji ketabahan wanita itu. Malah, ramai yang mendoakan semoga wanita itu diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Youtube: