Cover image via
@kimikeon (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bukan apa, kadangkala ada yang datang semata untuk mengeringkan baju kerana lebih cepat dan ada juga yang mungkin mesin basuh mereka rosak.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda siap meletakkan nota ‘deep’ pada bakulnya kerana sering hilang di dobi telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda sedang berada di salah sebuah dobi sambil merakam dirinya.
Dia kemudian meluahkan rasa kecewanya kerana setiap kali dia ke dobi, bakul miliknya pasti hilang dirembat orang.
“Setelah bakul dobi asyik kena rembat, jadi Kimi dah buat inisiatif yang terkini,” katanya.
Malah, nota yang ditulisnya juga agak ‘deep’ dan mahukan orang yang mengambil itu sedar dan membacanya jika ia betul disengajakan.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 356.3K views, 52.9K likes dan 278 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: