Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beralih fasa, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk melakukan riadah di luar
Hal ini termasuklah hiking yang menjadi antara aktiviti kegemaran ramai terutama bagi golongan muda. Masing-masing mencari waktu untuk melakukannya bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga.
Namun, tular baru-baru ini video di TikTok menunjukkan seorang wanita warga emas menaiki bukit dengan menggenakan jubah dan selipar telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
korang ada tak ? Kasii fyp yee bagi semangat dekat budak2 muda ##fypgakni ##fyp ##betajanjibetajga
Rileks pakai jubah dan selipar masa naik bukit
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi situasi semasa dia dan neneknya hiking di salah sebuah bukit.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah neneknya dengan selamba memakai jubah dan selipar semasa mendaki bukit berkenaan. Kelihatan nenek itu juga mendaki sambil ditemani oleh cucu-cucunya.
Dia akhirnya sampai di puncak bukit dengan keadaan yang gembira kerana berjaya mendaki sampai ke tahap itu.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Part 2 uollss sorry tk record bnyk masa nk turun ##fyp ##fypgakni
“Nenek tu steady je pakai jubah, comel betul” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa kagum melihat kebolehan nenek itu. Malah, ramai yang mendoakan kesihatannya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 551.7K views, 86.8K likes dan 2,258 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @haishah.hashram (TikTok)
Image via @haishah.hashram (TikTok)
Image via @haishah.hashram (TikTok)
Image via @haishah.hashram (TikTok)
Image via @haishah.hashram (TikTok)
Powerlah nek, bukan senang nak daki sampai ke atas tu 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik