HomeEntertainment Ayah Belikan Basikal Baru, Tapi Si Anak Pula Kejar Hadiah Lain...

[VIDEO] Ayah Belikan Basikal Baru, Tapi Si Anak Pula Kejar Hadiah Lain Daripada Atuk

Cover image via @semeqq_bndlee (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ibu bapa sudah tentunya bersemangat dan gembira jika anak mereka membesar. Malah, ada yang siap meraikan hari kelahiran mereka. Bukan setakat itu, ada juga yang menghadiahkan barangan yang mereka sukakan.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak lelaki dilihat gembira setelah menerima hadiah daripada ayah dan atuknya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@semeqq_bndlee

Sampainya hatimu duhai anak, terus tinggalkan hadiah abiy

Into Your Arms (feat. Ava Max) – Witt Lowry

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang menyambut hari ulang tahun seorang budak lelaki yang merupakan anak mereka di rumah.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si ayah menghadiahkan anaknya sebuah basikal. Anaknya dilihat gembira dan mencuba menaiki basikal itu.

Setelah beberapa minit kemudian, atuknya pula muncul dengan hadiah lain. Budak lelaki itu dilihat sangat teruja lantas turun daripada basikal yang dibelikan ayahnya sambil melompat-lompat keriangan.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@semeqq_bndlee

Mentang-mentang dia satu-satunya cucu dlm keluarga setakat nim ?

Sneaky Snitch – Kevin MacLeod

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang berkongsi pengalaman mereka yang sama.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 535K tontonan, 54K tanda suka dan 1K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in:

Must Read

Related News