@liiyanaaaaaaaaaaa (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ada ibu bapa yang membawa semua ahli keluarga termasuklah anak-anak dan juga bayi kecil ke shopping mall untuk membeli-belah.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang anak kecil berkeliaran seorang diri di mall telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang berkeliaran di shopping mall tanpa pengawasan orang dewasa.
Mujur, ada seorang gadis yang merupakan promoter sebuah kedai menyapanya dan memberi belon. Budak lelaki itu dilihat tidak takut dengan orang dan terus menerima belon tersebut.
Gadis itu dilihat membawa budak kecil itu ke kaunter informasi untuk membuat pengumuman kehilangan anak supaya dapat mencari ibu dan ayahnya.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 657K tontonan, 50K tanda suka dan 800 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


