[VIDEO] Aksi Spontan Pengantin Lelaki Melatah Atas Pelamin Ini Raih 2 Juta Views. Lawak!

0
307

Cover image via
@rem_ahmad (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mengacau orang yang kuat melatah memang seronok, tetapi mereka sebenarnya penat kerana melatah juga menggunakan tenaga yang banyak.

Jika kebiasaannya kita melihat orang perempuan saja yang kuat melatah, kali ini berbeza pula apabila seorang pengantin lelaki diusik semasa sedang bersanding mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @rem_ahmad, kelihatan pasangan pengantin baru itu sedang bergambar di atas pelamin mereka.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila si perakam sengaja mengusik pengantin lelaki yang kuat melatah itu.

Dia automatik menyanyi lagu Seiring Dan Sejalan dan siap membuat aksi spontan selepas menyebut ayat “burung pun turut menyanyi”.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mencecah 2M views, 88.9K likes dan 13.6K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat pengantin itu melatah.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: