Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ada yang melakukan aktiviti bersama keluarga untuk menghiburkan hati yang duka. Salah satunya dengan bermain air banjir.
Seperti sebuah video yang tular di TikTok ini memaparkan penduduk di Bandar Putera, Klang sempat menjadikan kawasan perumahan mereka sebagai waterpark mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna bernama @jihiazman dengan kapsyennya “Bandar Putera Waterpark”, kelihatan dia dan beberapa lagi jirannya membawa pelampung untuk bermain di kawasan perumahan mereka yang terjejas banjir.
Apa yang menghiburkan adalah mereka dilihat sangat tenang dan menikmati banjir dengan bermain air bersama keluarga seolah-olah tidak ditimpa musibah.
Lebih membuatkan ramai kagum adalah walaupun sedih, mereka tidak merungut dengan dugaan yang menimpa. Malah menggunakan kesempatan dan masa itu untuk meluangkan masa dengan keluarga tersayang demi menghiburkan hati terutamanya anak-anak.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah tontonan sebanyak 1.4M, 151.5K tanda suka serta 6.3K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat mereka.
Malah, ada pula warganet yang tidak terjejas banjir berseloroh kononnya sakit hati melihat mereka enjoy-enjoy di sana.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok: