“Versi Malaysia” – Wajah Penjual Burger Mirip Pelakon Park Bo Gum Ini Buat Ramai Terkejut

0
277
Cover image via
@otaiburgermalaysia (TikTok)
& ZAPZEE

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bukan setakat plot yang menarik, K-Drama juga menampilkan pelbagai pelakon yang hebat. Pelakon Korea tidak kalah tampan dan cantiknya. Sebab itu, ramai yang tergila-gilakan mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang lelaki dilihat mirip dengan wajah seorang pelakon Korea telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang membuat burger pelanggan di gerai sambil aksi dirakam oleh rakannya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat persis wajah tampan pelakon Korea iaitu Park Bo Gum apabila senyum. Dia kelihatan malu semasa dirakam rakannya.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.1M tontonan, 104K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersetuju dengan wajahnya yang mirip Park Bo Gum. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: