Cover image via
@triplea201911 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak mengira usia anaknya, mereka akan tetap mencurahkan kasih sayang seperti kita baru lahir di dunia ini. Oleh sebab itu, kita sebagai anak adalah tanggungjawab kita untuk menjaga kebajikan mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang ayah menunggu anaknya untuk makan tengah hari telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang merakam perjalanannya keluar daripada pejabatnya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia mendapati ayahnya sedang menunggu di depan officenya untuk makan tengah hari bersama.
Gadis ini juga berkongsi bahawa makan bersama ayahnya telah menjadi rutin mereka.
“Hari-hari tanpa jemu abah tunggu kat office nak lunch sekali”
Susulan tularnya video itu yang kini meraih lebih 1.4M tontonan, 203K tanda suka dan 12K komen di TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat gelagat dua beranak itu. Malah, ramai yang memesan kepada orang luar sana supaya jaga ayah sebaik mungkin.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: