HomeEntertainmentTular Roti Canai Versi Telur Biawak Di TikTok Ini Undang Pelbagai Pendapat...

Tular Roti Canai Versi Telur Biawak Di TikTok Ini Undang Pelbagai Pendapat Netizen

Cover image via
@abangterbang (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Rakyat Malaysia sememangnya pantang mendengar makanan baru kerana ada saja menu yang mereka ingin cuba terutamanya apabila terpengaruh dengan kawan-kawan.

Sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan seorang penebar roti canai membuat rotinya berbentuk seekor biawak telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @abangterbang, kelihatan dia sedang membuat sekeping roti canai di warungnya.

Apa yang menarik perhatian adalah, dia bukan menebar roti canai itu seperti biasa. Tetapi, dia membuat bentuk seekor biawak dan siap meletakkan dua biji telur di tepinya.

Ternyata, rupa roti canai itu memang seperti seekor biawak apabila diletakkan di atas pinggan dan telah mengundang pelbagai spekulasi daripada netizen.

Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih 937.5K tontonan, 48.8K tanda suka dan 11K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen memberikan pendapat mereka masing-masing mengenainya.

Ada yang memuji kreativiti penjual tersebut dan ada juga yang geli melihat bentuk roti canai biawak itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News