Cover image via
@rhainna_natasha (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Masalah komunikasi antara suami dan isteri mungkin mengambil masa yang agak lama untuk mereka sama-sama mempelajari budaya dan adat masing-masing.
Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang Mat Salleh mengajuk cakap isterinya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @rhainna_natasha, kelihatan dia sedang merakam suaminya berjalan di sebuah parking lot.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila Mat Salleh itu dilihat cuba mengajuk cakap isterinya dalam Bahasa Melayu dengan tiga ayat ringkas.
Lebih menghiburkan lagi, caranya bercakap itu membuatkan si isteri ketawa mendengarnya kerana slang yang digunakan agak pelat dan comel.
Susulan tularnya rakaman tersebut yang kini sudah meraih 2.6M views, 351.4K likes dan 5.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan Mat Salleh itu.
Malah, ramai pula yang meminta tips daripada wanita berkenaan bagaimana hendak mencari jodoh dari negara lain sepertinya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: