Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Percutian adalah perkara yang sangat diperlukan oleh ramai orang, bukan apa dengan percutian inilah dapat menghilangkan segala tekanan dan masalah yang ada
Jadi, pasti ramai yang tidak sabar untuk have fun betul tak? Antara lokasi yang menjadi pilihan ramai adalah Pulau Langkawi.
Ini disebabkan Pulau Langkawi dikenali dengan antara tempat peranginan yang paling menarik di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah tempat itu selalu dibanjiri orang.
Jom kita lihat antara homestay dan villa yang anda boleh tempah untuk bersama rakan dan keluarga.
Berikut di bawah adalah 10 villa menarik di Langkawi:
1. Adagaya Villa Langkawi
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Villa ini hanya 10 minit dari Pantai Cenang. Ia mempunyai kolam renang private yang menarik. Villa ini terdiri daripada tiga jenis iaitu Villa Ryana, Villa Camy, dan Villa Trisyia.
Dengan tempat tidur bersaiz super king yang terletak di tengah-tengah bilik, vila-vila kontemporari ini sangat sesuai untuk pasangan suami isteri yang mencari keselesaan dan privasi semasa percutian mereka. Ia juga memiliki ruang tamu yang lengkap dengan ruang makan dan dapur kecil.
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
2. La Villa Langkawi
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
La Villa Langkawi akan membuatkan anda merasa ala-ala berada di Bali dengan suasana indah serta kediaman kolam renang peribadi yang boleh memuatkan sehingga enam orang.
Unit ini juga dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik mandi dengan tab mandi, dan tempat letak kenderaan peribadi.
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
3. Maneh Villa
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Villa cantik ini dilengkapi dengan dua bilik tidur dan boleh memuatkan sehingga empat orang tetamu.
Walaupun anda boleh berjalan kaki ke Pantai Cenang, tetapi mereka juga menyediakan pengangkutan percuma untuk para tetamu ke mana-mana bahagian Pantai Cenang atau Pantai Tengah.
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
4. Ambong-Ambong Pool Villas
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga besar kerana villa ini dilengkapi dengan kolam renang persendirian sehingga 12 meter panjangnya.
Selain itu, mereka memiliki dapur kecil, ruang makan di luar, tempat tidur katil king dan tempat tidur santai yang sangat lengkap.
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
5. The Danna Langkawi
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
The Danna mempunyai dua jenis villa yang mempunyai kolam renang sendiri. Anda akan dapat lihat pemandangan laut yang cukup indah. Memang puas hati kalau dapat bermalam di sini.
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
6. The Datai Langkawi
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Luangkan masa anda bersama orang tersayang untuk menginap di The Datai Langkawi. Resort mewah ini bertaraf 5 bintang dengan bilik dan suite Rainforest Pool Villa yang dilengkapi dengan kolam renang peribadi 10 meter.
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
7. Villa Paddy
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Kawasan villa ini dalam terletak berdekatan dengan sawah padi. Anda bolehlah pusing-pusing di kawasan ini dengan basikal sambil menghirup udara segar. Villa ini juga merupakan antara penginapan dengan private pool yang termurah di Pulau Langkawi.
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
8. Villa Rafflesia
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Jika anda mempunyai tetamu yang ramai, villa ini adalah jawapannya. Ia boleh memuatkan daripada enam hingga lapan orang dengan private pool sendiri. Hiasan dalamannya pula seperti gaya dan konsep Indonesia. Cantik sangat!
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
9. Rumah Bendang
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Kawasan villa ini juga terletak di kawasan sawah padi, sambil anda berenang di dalam kolam renang bolehlah lihat pemandangan indah di sana.
Sesuai untuk anda yang bercadang nak bercuti dengan family atau rakan-rakan sebab boleh dihuni sehingga 15 orang.
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
10. Villa Sawah
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Image via Agoda
Villa ini memang sesuai untuk family buat gathering bersama sebab ia mempunyai 3 bilik. Private pool anda pula terletak di tengah-tengah villa. Mandilah sepuas-puasnya!
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
Bolehlah plan dengan family dan rakan korang lepas ni! 😉
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik