@EberleSebastian (Twitter)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Video tersebut dirakam oleh jurnalis kemudian dimuat naik di media sosial. Video itu sempat viral di Twitter dan TikTok sehingga menimbulkan kerisauan ramai.
Kelihatan sebuah feri yang membawa penumpang telah dimasuki air gara-gara ombak yang kuat di tengah lautan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan terdapat beberapa penumpang yang berada dalam feri sedang menuju ke sesuatu tempat di negara Jerman.
Apa yang menimbulkan kerisauan ramai adalah apabila ombak yang kuat itu memecahkan cermin feri di bahagian hadapan. Perkara itu menyebabkan air masuk ke dalam feri. Penumpang menjadi panik dan berlari ke arah yang lebih selamat.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.7M tontonan, 111K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


