HomeEntertainmentTingkatkan Sekuriti Makanan, Ini 5 Teras Dasar Agromakanan Negara 2.0 Yang Anda...

Tingkatkan Sekuriti Makanan, Ini 5 Teras Dasar Agromakanan Negara 2.0 Yang Anda Kena Tahu

Cover image via
Kosmo
& Berita Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan.

Dasar tersebut telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia pada 25 Oktober 2021 secara maya.

DAN 2.0 ini mendukung aspirasi dan hala tuju sektor agormakanan negara untuk lebih mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi.

Bukan setakat itu, ia juga dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat selain mengutamakan sekuriti serta nutrisi makanan negara.

1. Mendukung pemodenan dan pertanian pintar

Bagi mencapai matlamat DAN 2.0, kaedah pertanian pintar menjadi fokus memodenkan sektor ini. Ia bertujuan untuk meningkatkan produktiviti subsektor agromakanan. Perkara ini juga dijadikan sebagai key game changer untuk menjayakan transformasi sektor agromakanan.

2. Memperkukuh pasaran domestik, meningkatkan hasil keluaran yang mempunyai permintaan tinggi dan produk berorientasikan eksport

Sektor agromakanan kini memiliki nilai tambah yang berpotensi untuk meningkat pendapatan. Buktinya, jumlah eksport bahan makanan juga meningkat dengan kadar petumbuhan purata tahunan sebanyak 6.4%.

Teras kedua ini akan menumpukan khusus terhadap usaha meningatkan sekuriti makanan negara selain mengembangkan lagi sektor sedia ada.

3. Membangun bakat yang memenuhi permintaan industri

Menjelang tahun 2030, sumbangan sektor agromakanan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka akan meningkat.

Oleh itu, persediaan mampan terhadap industri tertentu perlu dilakukan. Sebagi contoh, industri ternakan, perikanan dan akuakultur dan banyak lagi subsektor buah-buahan dan sayur-sayuran.

4. Meningkatkan amalan pertanian dan sistem makanan yang mampan

DAN 2.0 juga akan fokus untuk memacu petumbuhan sektor agromaknan melalui pemerkasaan, penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi supaya dapat menghasilkan sistem makanan yang mampan.

5. Menyediakan ekosistem perniagaan yang kondusif dan kerangka institusi yang kukuh

Disebabkan itu, MAFI sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran yang kondusif melalui kemudahan kewangan, insurans pertanian, pendigitalan produk dan penyediaan akses pasaran dalam talian.

Must Read

Related News