TikToker Meremang, Kongsi Kisah Anak Patung Berharga RM450 Tergelak Sendiri Tengah Malam

0
219
Cover image via
@sallywhoo (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah banyak kita dengar cerita tentang anak patung yang ‘bernyawa’ dan suka hidup pada tengah malam sebelum ini.

Terbaru, seorang TikToker yang dikenali sebagai Sally pula mendedahkan kisah seram yang terjadi kepada dirinya sendiri telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi perkongsian video daripada @sallywhoo, kelihatan dia sedang membuat video makeup sambil menceritakan situasi seram yang terjadi kepadanya beberapa hari lalu.

Menurutnya, dia baru saja membeli mainan anak patung berharga RM450 yang kini popular di TikTok.

Namun, kejadian patung berwarna pink yang tiba-tiba menyala dan tergelak sendiri telah menimbulkan rasa seramnya.

Walhal jelasnya, dia sudah menekan butang turn off yang terdapat di bahagian belakang badan patung tersebut. Lebih menyeramkan lagi, rupa-rupanya butang itu memang langsung tidak berusik apabila dia cuba melihatnya.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mendapat 1.8M views, 233.3K likes dan 1.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut merasa seram selepas mendengar cerita Sally.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka apabila membeli anak patung yang cukup sifat seperti itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: