“Tidak Tenang” – Geng Lelaki Ini Cuak Duduk Belakang Bila Member Perempuan Bawa Kereta

0
225
Cover image via
@aiqalimran (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Disebabkan itulah kaum lelaki pasti akan merasa gerun atau ‘cuak’ apabila perlu menjadi penumpang di belakang.

Seperti apa yang berlaku kepada geng lelaki ini apabila mereka duduk di belakang kereta yang dipandu kawan perempuan mereka telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dikongsi oleh @aiqalimran, kelihatan empat orang pemuda itu sedang berada di tempat duduk bahagian belakang sebuah kereta yang dipandu oleh kawan perempuan mereka.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila reaksi mereka yang cuak selepas melihat cara pemanduan gadis itu yang agak laju dan seolah-olah ingin melanggar kereta depan.

Geng lelaki itu menjerit tidak ingat dunia kerana takut apa-apa akan terjadi. Namun, kawan perempuan mereka yang sedang memandu pula dilihat rileks saja.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 907.2K views, 153.9K likes dan 1.2K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi lucu geng lelaki tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: