“The Real Keluarga Malaysia” – Pak Cik Tolong Ikat Tali Leher Pemuda Cina Ini Curi Tumpuan

0
334
Cover image via Leeroy Wong (YouTube)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Rakyat Malaysia juga memang terkenal dengan sikap baik hati, peramah dan suka membantu. Disebabkan itu kita sentiasa hidup harmoni dan aman damai.

Terbaru, sebuah video eksperimen sosial yang dilakukan di ibu kota Kuala Lumpur tular di media sosial memaparkan seorang lelaki Melayu membantu pemuda Cina mengikat tali leher.

Pemuda Cina berkenaan iaitu Leeroy Wong sebenarnya adalah merupakan seorang YouTuber dan sedang melakukan eksperimen sosial meminta bantuan stranger untuk membantunya mengikat tali leher.

Tonton video eksperimen sosial yang tular tersebut di bawah:

@royroy1228 When a jobseeker ask for help with his necktie in Malaysia#tiktokmalaysia A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC

Dalam video itu juga, Leeroy mengatakan dirinya mahu menghadiri sesi temuduga. Menjadi perhatian apabila seorang lelaki Melayu tanpa berfikir panjang membantunya mengikat tali leher.

Lebih mengharukan apabila lelaki tersebut menyisir rambut Leeroy agar terlihat kemas. Video berkenaan telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji tindakan lelaki itu.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut tersentuh melihat tindakan lelaki itu yang melayan Leeroy seperti anaknya sendiri.

Malah, para netizen turut mengatakan moment ini adalah bukti bahawa rakyat Malaysia sebenarnya hidup harmoni walaupun terdapat kepelbagaian kaum.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa terharu mereka selepas melihat situasi berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 233.5K likes dan 9191 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

More stories to read: