“Tetap Tenaga Lelaki” – Ramai Terhibur, Gaya Pemain Volleyball Ini Dapat Sampai 70M Views!

0
217
Cover image via
@punyafebby_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bukan setakat tenaga saja, setiap pemain perlu pandai menggunakan strategi untuk psiko pihak lawan supaya dapat memenangi sesebuah perlawanan itu.

Baru-baru ini, sebuah video telah tular sehingga mencecah 70 juta tontonan gara-gara gaya seorang pemain lelaki bola tampar di Indonesia membuatkan ramai terhibur.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi perkongsian video daripada @punyafebby_, kelihatan sedang berlangsung perlawanan bola tampar antara dua pasukan di negara seberang, Indonesia.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila gelagat salah seorang pemain lelaki yang berpewatakan lembut sangat melucukan.

Dia dilihat melentokkan badannya dan berjalan lenggang-lenggok seperti perempuan semasa permainan sedang berjalan.

Namun, apa yang membuatkan para warganet kagum adalah dia berjaya mengalahkan pasukan pihak lawan dengan menggunakan strategi permainan yang bijak.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 70M tontonan, 6.2M tanda suka dan 221.6K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gaya pemain lelaki tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

via GIPHY

More stories to read: