Tersasul Sebut ‘Sugar Daddy’ Game Khusus Untuk Kanak-Kanak, Gadis Ini Buat Ramai Terhibur

0
336

Menerusi video yang dimuat naik oleh @youknow.mi, kelihatan seorang gadis sedang berlatih debat bersama rakan-rakannya.

Apa yang melucukan adalah apabila dia sedang rancak mengeluarkan hujah-hujahnya, tanpa sengaja gadis tersebut tersasul menyebut sugar daddy merupakan salah satu permainan yang khusus untuk anak kecil.

“Game yang khusus untuk anak kecil seperti sugar daddy…”, ujar gadis tersebut. Sebenarnya dia ingin menyebut candy crush. Situasi ini telah membuatkan rakan-rakannya tidak dapat menahan ketawa.