@miyyaaa_i (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Menahan kepanasan sambil berlatih di padang memang merupakan sesuatu yang mencabar. Latihan kawad kaki melatih kita supaya menjadi lebih peka terhadap arahan selain melahirkan sifat kerjasama antara pasukan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pelajar perempuan tersilap arah semasa latihan kawad kaki telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pelajar sedang berlatih kawad kaki di sebuah dewan sekolah.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila rakaman itu menunjukkan salah seorang pelajar perempuan tersalah mendengar arahan dan silap memusing ke arah lain.
Tindakan dia itu berlainan dengan pasukannya yang lain. Dia kemudian malu dan tergelak sendiri, manakala kawan-kawannya yang lain dilihat turut menahan gelak.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih 1.2M tontonan, 129K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pelajar itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: