Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengisytiharkan 18 November sebagai cuti umum di negeri itu
Perkara itu diumumkan oleh beliau kerana memandangkan keesokan harinya ialah hari pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Menurut laporan Free Malaysia Today, pada sidang media yang diadakan sebentar tadi, Amirudin berkata, keputusan ini dibuat memandangkan ramai rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Selangor mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain.
Beliau turut menggesa Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk turut mengisytiharkan cuti umum di seluruh negara bagi memudahkan rakyat membuang undi pada 19 November.
Image via Media Selangor
Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!
Image via SAYS Seismik