HomeEntertainmentTerkilan Jadi Housewife Dianggap 'Kikis' Duit Suami, Wanita Ini Buat Ramai Boleh...

Terkilan Jadi Housewife Dianggap ‘Kikis’ Duit Suami, Wanita Ini Buat Ramai Boleh Relate

Cover image via
@mistymountains_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebanyakan masyarakat zaman sekarang kerap memandang rendah terhadap para suri rumah kerana dikatakan tidak berusaha mencari duit sendiri dan hanya mengharapkan suami.

Namun, sebenarnya mereka juga perlu dihormati kerana tugas membuat semua kerja rumah sambil menjaga anak-anak juga boleh mendatangkan kesan kepada mental dan fizikal.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok mengenai seorang wanita meluahkan rasa sedihnya kerana dipandang rendah menjadi suri rumah telah mendapat perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mistymountains_, kelihatan dia sedang menahan sebak sambil meluahkan rasa sedihnya tentang pandangan orang luar yang mengatakan dia menggunakan duit suami.

“The worst part about being a full time housewife is no one respects you because you’re not making money. People see you’re a person with no goals in life”

“Harapkan duit suami. Not an independent woman. Doing minimum everyday. Fine, I will work again after my baby is 2 years old,” luahnya.

Susulan tularnya video itu yang kini telah mendapat 320.2K views, 31.4K likes 1.9K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan semangat buat wanita tersebut. Ada juga yang dapat relate dengan situasinya kerana tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah saja.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News