@fitrahramlii (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ada yang pandai menyanyi, berlakon, berjoget, merias wajah, lip-sync dan banyak lagi. Malah, ada juga yang mengikuti trend dan challenge yang ada di TikTok.
Sama seperti sekumpulan lelaki ini apabila video TikTok mereka yang membuat challenge bunyi binatang itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang merakam video TikTok dan membuat challenge di depan rumah.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila mereka dilihat perlu mengeluarkan bunyi binatang manakala kawan yang lain perlu menahan gelak.
Lebih lucu lagi adalah apabila salah seorang lelaki yang berbaju biru tidak dapat menahan gelak sehingga mengeluarkan hingus.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 48M tontonan, 1.9M tanda suka dan 30K komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: