Terkejut Isteri Tumpahkan Air, Mat Salleh Melatah Sambil Mencarut Ini Buat Ramai Terhibur

0
293
Cover image via
@damnyoudandamn (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hal ini membuatkan ramai yang gemar mengenakan golongan yang suka melatah ini kerana terhibur dengan reaksi mereka. Semakin diusik semakin sakan latahnya.

Namun, apa yang uniknya adalah penyakit melatah ini dikatakan sering berlaku dalam masyarakat Melayu sahaja. Jarang sekali kita lihat orang di luar negara melatah.

Berbeza dengan video yang tular di TikTok baru baru ini berkenaan reaksi spontan seorang Mat Salleh melatah telah menarik perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@damnyoudandamn

I’ve trained him well my Malaysian gang

original sound – DAMNYOUDAN

Menerusi video yang dimuat naik oleh @damnyoudandamn, kelihatan dia sedang membawa gelas kosong dengan niat nak mengenakan suaminya yang merupakan seorang Mat Salleh.

Kemudian, dia mengacah seolah-olah ingin menuangkan air kepada suaminya yang sedang fokus membuat kerja. Si suami pun spontan melatah kerana terkejut dengan perbuatan isterinya itu.

Apa yang lebih menghiburkan netizen adalah apabila Mat Salleh ini melatah sambil mencarut seperti Melayu sebenar. Isterinya sempat menulis di ruangan kapsyen bahawa dia bangga kerana berjaya melatih suaminya itu menjadi orang Malaysia.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur dengan gelagat spontan Mat Salleh itu melatah.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 346.9K views, 33.3K likes dan 350 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read: