Cover image via
@aimanashraf8 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Iyalah, banyak pengorbanan mereka untuk menguruskan hal rumah tangga tuan mereka. Merekalah yang mengemas rumah, memasak, menjaga anak-anak Sebab itu, pembantu rumah sudah menjadi ahli keluarga yang rapat.
Namun, jika perlu berpisah pasti ramai yang tidak bersedia dan sebak. Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila keluarga ini sedih kerana sudah tiba masanya pembantu rumah mereka balik ke kampung.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang menghantar pembantu rumahnya ke lapangan terbang.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila mereka sekeluarga rasa berat hati nak lepaskan pembantu rumahnya itu pulang ke kampung.
Mereka semua dilihat memeluk Kak Ana dengan erat sebelum Kak Ana pergi termasuklah anak-anaknya.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 400K tontonan, 48K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat keluarga itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: