Cover image via
Twitter @Qisbee
Sebelum ini, terdapat satu kes melibatkan seorang jurujual wanita yang didakwa kerana menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada Februari 2017.
Namun begitu, memetik laporan Berita Harian, wanita tersebut kemudiannya dibebaskan tanpa perlu membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Terbaru, menerusi satu perkongsian pengguna Twitter iaitu Qis menunjukkan video dua kanak-kanak yang ditahan kerana bermain basikal lajak sehingga jam tiga pagi.
Dalam video itu, kelihatan dua orang kanak-kanak itu menangis ketakutan saat dipaksa duduk dan disoal siasat di dalam van jenazah. Malah, ada juga yang cuba menipu namun akhirnya akur setelah diberitahu terdapat jenazah di dalam keranda.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 8 ribu retweets dan 7 ribu likes.
Tak nak lah nanti sudah terhantuk baru terngadah.