Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Antaranya termasuklah negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka dan lain-lain lagi. Berikutan bencana itu, ramai yang terkesan sehingga rumah dan kereta mereka rosak dihanyut air. Bukan setakat itu, ada juga yang terkorban nyawa disebabkan lemas.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila sebuah keluarga menggunakan plastik untuk membalut kereta mereka untuk persediaan banjir telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan keluarga Siti Zulaikha pernah membalut kereta mereka denga plastik besar yang dibeli di Shopee untuk bersedia menghadapi banjir pada tahun 2014.
Video berkenaan kemudian viral semula di media sosial baru-baru ini dan telah menarik perhatian ramai. Dia juga mengatakan ini merupakan salah satu langkah berjaga-jaga pada musim tengkujuh.
“Yang mana kata banjir tak boleh diramal jadi plastik ni sangat tak relevan tu mmg betul tak boleh di amal tapi untuk negeri-negeri yang biasa banjir diorang memag sentiasa bersiap sedia bila tiba musim tengkujuh, ni salah 1 ikhtiar ye..selebihnya tawakal”, katanya.
Klik sini untuk lihat produk.
Lihat posting berkenaan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 87K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut wujudnya produk ini dan rata-rata ingin membelinya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: