Cover image via
7NEWS
& Sydney Morning Herald
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Menurut laporan, dua wanita itu kini dalam proses menyaman pihak berkuasa Australia bagi menuntut ganti rugi.
Connie Chong Vun Pui dan anaknya, Melanie Lim San Yan, membawa masuk teh itu, yang biasanya digunakan bagi meredakan sakit ketika haid di Malaysia, untuk dijual dengan harga lebih tinggi di Sydney.
Jika semuanya berjalan lancar, mereka mampu memperoleh keuntungan kecil sebanyak AUD90 (RM270).
Malangnya sebaliknya berlaku apabila rumah mereka di barat daya Sydney diserbu oleh polis bersenjata pada Januari.
Serbuan itu susulan rampasan penghantaran teh terbabit di lapangan terbang antarabangsa Sydney oleh pegawai Pasukan Sempadan Australia (ABF) yang silap mengenal pasti kandungannya sebagai amfetamin.
Tuduhan terhadap dua beranak itu hanya ditarik balik pada 10 Ogos apabila polis New South Wales menerima analisis forensik mereka sendiri.
Mahkamah Sydney mendengar bahawa ABF telah menggunakan ujian presumptif “hazmat” untuk mengenal pasti produk yang diimport sebagai “Phenmetrazine”, bahan perangsang terlarang yang lazimnya digunakan untuk tujuan rekreasi.
Bagaimanapun, mahkamah turut mendengar bahawa ujian itu hanya menjana bahan yang mempunyai spektrum serupa dengan “Phenmetrazine”. Malah ini tidak terhad kepada “Phenmetrazine” sebaliknya turut merangkumi gula, sukrosa dan gula tepung.
Berikutan itu, seorang penganalisis forensik polis persekutuan menulis surat kepada pegawai utama kes itu, Tara Conaghan, dengan menyuarakan keraguannya terhadap ujian berkenaan.
Berikutan itu, seorang penganalisis forensik polis persekutuan menulis surat kepada pegawai utama kes itu, Tara Conaghan, dengan menyuarakan keraguannya terhadap ujian berkenaan.
Conaghan bagaimanapun gagal menyampaikan maklumat itu kepada pasukan pembelaan tertuduh, mahkamah diberitahu.
Ketika memeriksa balas Conaghan, peguam Connie Chong, Steve Boland menyoal kenapa beliau tidak mendedahkan maklumat berkenaan kepada tertuduh lebih awal. Saksi itu menjawab ia kerana dadah berkenaan masih menunggu untuk diuji sepenuhnya.
“Jadi bagaimana? Mereka perlu meringkuk dalam penjara?” tanya Boland. Conaghan bagaimanapun hanya berdiam diri, lapor The Sydney Morning Herald.
Kes itu kini telah ditangguhkan ke bulan Mac tahun hadapan.