@tikah_sam (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kadangkala tempat itu susah untuk dikenal pasti, sebab itu kita perlu merujuk peta untuk sampai ke lokasi tersebut supaya tidak salah jalan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis tidak berhenti memandu di pusingan roundabout gara-gara rakannya lambat Waze tempat makan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis dan teman-temannya sedang berjalan-jalan makan angin di sebuah lokasi.
Gadis yang memandu itu dilihat tidak berhenti memusing roundabout berkali-kali. Perkara itu disebabkan rakan-rakannya semua tidak tahu nak makan mana dan tiada seorang pun yang cuba nak buka Waze.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 214K tontonan, 25K tanda suka dan 800 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat sekumpulan gadis itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: