Tangan Tersangkut Celah Handbrake, Wanita Ini Terpaksa Tahan Malu Call Bomba Minta Tolong

0
233
Cover image via
@dayahlawa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tetapi, lain pula situasi yang berlaku dalam video tular ini apabila seorang wanita terpaksa menghubungi pihak bomba gara-gara tangannya tersangkut di celah handbrake kereta telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dayahlawa dengan kapsyen “adoi malu oiii”, kelihatan dia ketika itu sedang berada di dalam keretanya sambil dibantu oleh beberapa orang anggota bomba.

Rupa-rupanya, insiden lucu telah menimpa dirinya apabila dia mencuba untuk mengambil kad bank yang tercampak di celah handbrake semasa berhenti di tepi jalan.

Namun, tangannya pula tersangkut di celah handbrake tersebut dan setelah gagal untuk mengeluarkan tangannya, dia terpaksa meminta bantuan daripada pihak bomba.

“Pertama kali call 999 sebab tangan tersangkut. Pengalaman pertama dan agak memalukan. Nak buat macam mana kita pun tak minta nak jadi. Thank you abang-abang bomba yang cukup sporting,” katanya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@dayahlawa Reply to @akmalharis.demica Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M tontonan, 62.3K tanda suka serta 1.2K perkongsian di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat kejadian lucu yang menimpa wanita tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

You may be interested in: