Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah tentu ia akan merasa janggal, tambahan lagi jika mereka tidak perasan yang sebenarnya kita berada di dalam kereta dan dapat melihat segala yang dilakukan.
Situasi itu sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita dengan selamba membetulkan wajahnya di cermin kereta tanpa menyedari ada orang di dalam telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang membetulkan wajahnya di cermin sisi sebuah kereta.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia tidak menyedari ada orang di dalam kereta itu kerana pemandu lelaki itu sedang berbaring. Situasi itu membuatkan pemandu tersebut hanya melihat saja gelagat wanita itu dan membiarkannya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 295.2K views, 13.7K likes dan 165 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: