Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Walaupun kita bercinta dengan seseorang itu dalam tempoh yang lama, jika tiada jodoh tidak boleh buat apa juga kan?
Sama seperti sepasang pengantin baru ini, siapa sangka mereka hanya berjiran sebelah rumah dan akhirnya bertemu jodoh telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dikongsi oleh @eyda.rahm4n, kelihatan dia berada di majlis walimatulurus adik lelakinya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia merakam terdapat dua biji khemah di luar rumah mereka yang diletak bersebelahan.
Rupa-rupanya, adiknya itu berkahwin dengan jiran sebelah rumah mereka saja. Siapa sangka, jodoh mereka rupa-rupanya selama ini di depan mata saja.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 217.7K views, 8.6K likes dan 89 shares di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut menumpang bahagia buat pasangan pengantin baru itu. Malah, ramai juga yang berkongsi pengalaman sama berjodoh dengan jiran sendiri.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


