Tak Pernah Dibuat Orang, Ramai Keliru Rider Ini Tak Mencelah Dalam ‘Jammed’ Jadi Perhatian

0
248
Cover image via
@irfn_701 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang besar kerana ia menyebabkan ramai yang lewat ke destinasi yang hendak di tuju dan boleh juga menyebabkan kemalangan.

Menaiki motosikal atau pengangkutan awam merupakan salah satu cara untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini yang memaparkan seorang penunggang motosikal memilih untuk terperangkap dalam jammed telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @irfn_701, kelihatan keadaan kesesakan lalu lintas di sebuah jalan raya yang tidak dikenal pasti.

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila terdapat seorang penunggang motosikal yang memilih untuk turut menunggu dalam kesesakan lalu lintas tersebut. Padahal, dia boleh sahaja mencelah untuk cepat sampai ke destinasinya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan terhadap penunggang motosikal tersebut. Malah, ada yang berpendapat mungkin dia trauma untuk mencelahnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 631.1K views, 51.2K likes dan 1.7K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: