Tak perlu lagi menangis bila potong bawang

0
253
Mengupas dan memotong bawang sering membuatkan kita mengeluarkan air mata. (Gambar Rawpixel)

Selalunya setiap kali mengupas dan memotong bawang, kita kerap mengeluarkan air mata. Kenapa kita menangis ya?

Bawang mengandungi bahan kimia tertentu yang jika digabungkan akan menghasilkan gas yang akan membuatkan mata terasa pedas dan berkaca-kaca.

Senyawaan kimia dalam bawang bombay, iaitu sulfoksida dan sintase akan bergabung apabila ianya dihiris. Gas “syn-propanethial S-oxide” yang terbentuk, akan memedihkan mata dan menyebabkan mata berair.

Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memotong bawang, lakukanlah beberapa persiapan untuk mengurangkan jumlah “syn-propanethial S-oxide” yang dilepaskan oleh bawang dan menjauhkan gas dari mata.

Tips:

  1. Guna pisau tajam yang baru diasah untuk mengurangkan tekanan apabila memotong bawang yang akan merosakkan kulit bawang sekaligus mengurangkan terjadinya reaksi kimia.
  2. Sebelum menghiris bawang, memasukkan ke dalam peti sejuk dahulu kerana suhu sejuk akan mengurangkan bawang melepaskan zat kimia yang menjadikan mata pedih.
  3. Apabila memotong bawang, mulai dari bahagian atas dahulu. Potong bahagian akar paling akhir kerana bahagian tersebut akan mengeluarkan gas kimia dengan cepat dan menjadikan mata anda pedih.
  4. Nyalakan lilin dan potong bawang berdekatan dengannya. Api akan mengurangkan jumlah gas yang masuk ke dalam mata.
  5. Kupas bawang di bawah air mengalir bagi menghilangkan kimia gas.
  6. Kipas angin juga boleh membantu dengan menghalakan bertentangan dari wajah anda.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]