Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan kaedah terbaik bagi semua pelajar demi mengekang penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda
Oleh itu, kita dapat lihat di serata media sosial kegigihan guru mengajar dan anak murid yang terpaksa menyelesaikan tugasan yang diberi di rumah saja.
Tidak terkecuali dengan sebuah video viral di TikTok ini apabila seorang kanak-kanak lelaki mencuri perhatian ramai gara-gara diganggu kakaknya ketika sedang membuat video menyanyi untuk PdPR.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
pdpr cikgu suruh buat vid nyanyi . aku dengan mama dah takboleh tahan gelak tengok dia HAHAHAHAHAHA ##fyp ##fypppp ##esekeli ##fypforyoupage ##xyzbca
Baru nak menyanyi, sekali tak tahan nak gelak sebab kakak kacau
Menerusi perkongsian video daripada @hellosyeraa, kelihatan adiknya itu sedang merakam video untuk menyanyi.
Difahamkan, itu adalah tugasan yang diberikan oleh cikgunya untuk PdPR. Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila kanak-kanak itu tidak dapat fokus dan asyik tergelak kerana diganggu oleh kakaknya beberapa kali.
“Tak boleh cikgu, akak saya ni main-main cikgu. Tak bolehlah cikgu, tak boleh! Menangis saya nanti,” katanya.
Image via @hellosyeraa (TikTok)
Tetapi, akhirnya dia berjaya melaksanakan tugasan nyanyian itu dengan baik setelah beberapa kali mencuba.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
Reply to @thekuceng kita kirakan 123 suruh dia nyanyi, dia pergi sambung sampai 5 baru nyanyi ##fyp ##esekeli
“Dia punya gigih tu, kakak dah gelak dia stay sambung baca rukun Islam. Terbaik dik!” – Warganet
Susulan tularnya video itu, rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi kanak-kanak lelaki berkenaan yang hampir stres dikacau kakaknya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @hellosyeraa (TikTok)
Image via @hellosyeraa (TikTok)
Image via @hellosyeraa (TikTok)
Image via @hellosyeraa (TikTok)
Image via @hellosyeraa (TikTok)
Image via @hellosyeraa (TikTok)
Amboi bukan main lagi salahkan kakak ya, terhibur tengok awak dik! 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik


