Kebiasaannya kita akan menyifatkan lelaki berbadan tegap atau sado adalah seorang yang mempunyai hati kental dan gagah
Hal ini kerana luaran badan mereka yang nampak kuat dan mustahil untuk menangis serta tidak takut melakukan sesuatu.
Namun, lain pula yang terjadi apabila tular satu video di Twitter menunjukkan seorang lelaki berbadan sasa menangis sambil melayan K-Drama mencuri perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Badan besar pun nangis layan K-Drama jahat betul kawan dia pic.twitter.com/DsTggOTUmV
— Ayid (@ayidmazlan_) February 22, 2021
Tengah syok layan drama di telefon sekali mengalir air mata
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki itu telah dirakam oleh kawan-kawannya semasa dia sedang fokus melayan sebuah drama Korea berseorangan di telefonnya.
Namun, apa yang melucukan adalah apabila dia tiba-tiba lelaki itu menangis semasa menonton salah satu babak drama tersebut. Aksinya itu membuatkan kawan-kawannya terpaksa menahan ketawa.
Tidak lama selepas itu, mereka menerjah ke arahnya sebelum dia dilihat cuba lap air mata dengan muka yang masih kemerahan. Rupa-rupanya lelaki berkenaan menangis kerana melihat muzik video Filipina yang menceritakan sepasang kekasih tidak jadi untuk berkahwin.

“Lagu ni serious sedih. The lyrics tell everything” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi lelaki itu dan ada yang dapat relate dengan situasi tersebut.
Malah, ada juga yang memberitahu muzik video tersebut sememangnya sangat sedih kerana mempunyai maksud mendalam.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 274K views, 9,598 retweets dan 12K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
It’s a song called Paubaya and that is the mv. For the ones who want to watch 🙂 https://t.co/qxGWNLP6as pic.twitter.com/DwExl4NCR9
— The Philosopher (@justbreathesis) February 22, 2021
Abang aku selalu maki aku kalau aku nangis tngk kdrama,last² dia tngk Pandora pon nangis
— yaaaaa^ω^ (@aliaarosly) February 22, 2021
Emm asalnya aku nk gelak. Tapi, bila fikir balik. Baguslah tu dia menangis. Lelaki pun manusia yg dianugrah dgn akal dan perasaan. tak kesah la badan besar, berjambang, mcm gangster ke. Lelaki pun berhak untk merasai, menjiwai dan ekspresi emosi. Let’s normalise this guys
— Nyaman Skali~ (@meowning7) February 23, 2021
Hahahaha annoyingla weh.aku benci kalau tgk wayang bila part sedih satgi member sebelah ckp eh ko nangis eh eh??trus potong stimla sial tul,baru nak feeling2
— KnizaM Leo (@kroolnizam) February 23, 2021
Hahahahahah kalau sedih memang auto nangis lah
— Arep (@ariffarshd) February 23, 2021
Weh hm aku pun selalu mcmni . Kalau scene yg sedih tu relate dgn life kau takkan kau tak touching kan hm sedusedu laa nangis sorgsorg ‘( . Sometimes a good cry is just what you need to release all the hurt you have built up inside .
— Eyna (@eynazaty) February 23, 2021
Lagu ni serious sedih. The lyrics tell everything
— Diyana (@diyana_bahirah) February 23, 2021
Ni paubaya by moiraa Philippines.. haihhh music video die mmg sedih gile nak matii xcaye pergi laa tgk.. konfirm nangis
— HH (@leo_lazywizard) February 23, 2021
Hahahah menjiwai betul
— ² (@Aleaavendaaa) February 22, 2021
Marry that guy, he’ll be so romantic
— Firdaus Rahman (@firdausrrahman) February 23, 2021
Hahaha ya allah hahaha sian member
— m.faizmin (@MSkylexer) February 22, 2021
Siapa cakap badan sado tak boleh menangis. Kalau dah sedih tu memang tak boleh tahan okay 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!



