Cover image via
@hazwani.mohd (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti anda pernah mendengar bahawa terdapat tujuh orang yang memiliki rupa sama seperti kita bukan?
Sebenarnya, ia bukan mitos dan memang benar kadangkala kita sendiri pernah terjumpa dengan orang yang muka sama atau sipi-sipi macam kita.
Sama juga seperti sebuah video di TikTok ini apabila seorang gadis sedang membuat mukbang telah mencuri tumpuan gara-gara mukanya mirip pelakon Korea.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hazwani.mohd, kelihatan dia sedang menikmati roti cheese pelangi di dalam kereta sambil menemani kawannya yang sedang berdating.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila ramai mengatakan mukanya sama seperti seorang pelakon Korea di dalam drama popular Hometown Cha Cha Cha.
Pelakon tersebut ialah Cha Chung Hwa yang melakonkan watak sebagai mak cik bawang di dalam drama berkenaan.
Tidak dinafikan, sekali pandang wajahnya memang ada iras seperti pelakon itu. Gadis tersebut juga ada memberikan reaksinya selepas ramai yang menegur mukanya sama seperti pelakon itu.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
Ada juga yang berkongsi pengalaman sama sepertinya iaitu menjadi orang ketiga semasa kawan sedang berdating.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: