@adeela.azhar (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Walaupun kadangkala sikap mereka annoying dan suka meminta macam-macamtapi kalau dah buat muka kesian tu, siapa sahaja boleh tahan bukan?
Seperti video di TikTok yang tular baru-baru ini berkenaan gelagat seorang budak perempuan cuba memujuk ayahnya membelikan dia sosej telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @adeela.azhar, kelihatan seorang budak perempuan berada di sebelah ayahnya yang sedang memandu. Dia cuba meminta sesuatu namun tidak dilayan oleh si ayah.
Apa yang membuatkan netizen jatuh hati adalah apabila budak perempuan itu cuba memujuk ayahnya dengan cara yang sangat comel.
Dia menggunakan suara yang meleret-leret sambil memuncungkan bibir semasa meminta. “Papa….boleh tak….Maira nak sosej” pujuk budak perempuan itu. Mana tak cair hati ayahnya bila dipujuk macam tu.
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 317.7K views, 35.4K likes dan 340 comments di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak perempuan itu memujuk ayahnya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: